SELAMAT DATANG KE BLOG MISS BAMBAM :)

Saturday 29 April 2017

Laporan Pertandingan Kitar Semula

Kebanyakan sekolah di negara ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar melalui aktiviti ataupun pertandingan. Pihak sekolah akan mengadakan majlis dan pertandingan apabila sesuatu peristiwa mahupun hari istimewa akan tiba seperti Minggu Kitar Semula, Hari Guru, Hari Kemerdekaan dan sebagainya. Bagi hari, minggu ataupun bulan kempen kitar semula ini, pihak sekolah mengambil kesempatan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan kitar semula kepada para pelajar. 

Antara laporan-laporan pertandingan kitar semula yang diadakan adalah seperti berikut:

1. LAPORAN PROJEK KITAR SEMULA

NAMA PROJEK :
Amalan Lestari Kitar Semula

PENGENALAN PROJEK :
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar Semula, aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar sekolah dan rumah warga sekolah.

Kandungan atau isi yang terdapat dapat laporan ini adalah mengenai matlamat, objektif, faedah, strategi pelaksanaan, pencapaian, masalah yang dihadapi serta tentatif projek kitar semula. Dalam projek ini, pihak sekolah mengadakan pertandingan melukis dan mewarna.

Butiran penuh projek kitar semula ini adalah klik di sini.



2. LAPORAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA

Projek Kitar Semula telah dijalankan selama seminggu bermula daripada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Berikut merupakan catatan yang telah dibuat sepanjang minggu Kitar Semula berlangsung :

i. HARI PERTAMA (14 JULAI 2014)

Pada hari pertama iaitu hari Isnin, majlis perasmian minggu Kitar Semula telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi.  Guru besar iaitu En. Anuar bin Hj. Buyong telah dilantik untuk merasmikan minggu tersebut. Kemeriahan terpancar apabila pelbagai gimik ditonjolkan sewaktu majlis perasmian tersebut. 3 orang murid telah dilantik untuk menjadi maskot sempena minggu Kitar Semua tersebut. Mereka memakai pakaian hasil daripada bahan kitar semula. Seterusnya guru besar juga harus memasukkan barang kitar semula yang dibawa oleh maskot ke dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan.

      Pada hari ini juga murid-murid diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya ialah pengumpulan barang kitar semula mengikut kelas, pertandingan Reka Cipta bahan terpakai serta ceramah yang bertajuk kepentingan Kitar Semula. Tarikh akhir penyertaan bagi setiap aktiviti adalah pada hari Khamis. Selain itu, setiap kelas juga dibekalkan dengan 2 keping plastik sampah yang telah di label kertas dan botol untuk di letakkan di belakang setiap kelas.


ii. HARI KEDUA DAN KETIGA (15 HINGGA 16 JULAI 2014)

Pada hari kedua dan ketiga ini, setiap guru praktikum harus memantau keadaan bilik darjah yang telah dibekalkan dengan plastik sampah. Tugasan juga telah diagihkan secara sama rata. En Hafiz memantau kelas tahun 6, En Zarif memantau kelas tahun 5, Cik Fateen memantau kelas tahun 4, Cik Farah memantau kelas tahun 3, Cik Zaity memantau kelas tahun 2 dan akhir sekali Cik Adibah dan Syazlin memantau murid tahun 1. Pemantauan harus dijalankan secara kerap agar keadaan bilik darjah dapat dikawal dengan rapi dan tersusun. Selain itu, barang kitar semula yang dikumpul juga harus kelihatan terkawal. 

        Selain itu, peringatan mengenai aktiviti yang dijalankan sempena minggu Kitar  Semula ini juga diumum setiap hari sewaktu perhimpunan. Hal ini kerana, kami ingin menggalakkan penyertaan setiap murid serta menambahkan semangat berdaya saing dalam diri mereka.


iii. HARI KEEMPAT (17 JULAI 2014)

Hari ini merupakan hari terakhir bagi segala aktiviti yang telah dijalankan. Sambutan daripada murid sangat menggalakkan. Setiap kelas membawa barang kitar semula di luar jangkaan. Oleh itu, kami sebagai penganjur memilih untuk  mengumpulkan barang-barang kitar semula tersebut di dewan terbuka. Seterusnya, kami bekerjasama telah menimbang hasil kutipan barangan kitar semula mengikut kelas untuk menentukan pemenang. 

         Bagi pertandingan Reka Cipta bahan terpakai pula, bengkel Kemahiran Hidup telah dipilih untuk mengumpulkan barang. Pelbagai barang reka cipta baharu yang telah dihasilkan oleh murid mengikut daya kreativiti mereka sendiri. Penilaian bagi pertandingan Reka Cipta ini telah diadili oleh Pn. Afizaayu selaku guru panitia mata pelajaran Sains serta pembantunya  Pn. Thelaga. Memandangkan penyertaan murid sangat menggalakkan, Pn Afizaayu mencadangkan agar pemenang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemenang tahap 1 dan tahap 2. Bagi setiap tahap pula 8 orang dipilih untuk menerima hadiah.


iv. HARI KELIMA (18 JULAI 2014)

Hari ini merupakan hari terakhir minggu Kitar Semula yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya. Pada hari ini sesi ceramah telah diadakan seawal pukul 8.30 pagi. Ketibaan penceramah disambut mesra oleh guru pelatih. Murid yang dipilih untuk menghadiri majlis ceramah tersebut terdiri daripada murid tahun 4 dan 5. Mereka juga diarahkan untuk membawa sebuah buku nota untuk menyalin segala maklumat yang akan disampaikan oleh penceramah nanti. Sepanjang sesi ceramah berlangsung murid menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui dengan lebih mendalam kepentingan mengitar semula barang-barang terpakai.

         Seterusnya, demonstrasi mengitar semula surat khabar menjadi kertas dijalankan oleh pihak penceramah. 3 langkah mudah telah ditunjukkan iaitu merendam kertas ke dalam air, mengisar kertas menggunakan pengisar dan akhir sekali meluruskan kertas menggunakan seterika. Satu tepukan gemuruh diberikan oleh murid-murid selepas demonstrasi ditunjukkan. Selain itu, 5 orang murid juga dipilih untuk melakukan demonstrasi kitar semula kertas itu. Seterusnya, barang-barang kitar semula yang dikumpulkan ditimbang dan diangkat ke dalam lori sampah yang telah disediakan. Aktiviti ini dibantu oleh murid-murid tahun 6.

           Acara terakhir ialah majlis penutupan minggu Kitar semula oleh guru besar En. Anuar Hj. Buyong. Beliau telah menyampaikan sedikit cenderamata kepada penceramah yang telah hadir. Satu replika cek yang tertera nilai pungutan barang kitar semula juga telah diserahkan kepada guru besar. Seterusnya, hadiah juga disampaikan kepada murid-murid yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan.


3. LAPORAN PERTANDINGAN MENGHIAS PINTU GERBANG TADIKA MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA



MASA : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

TARIKH : 8 Julai 2015

TEMPAT : Tabika Perpaduan Perumahan JPN, Gua Musang 

Pertandingan Menghias Pintu Gerbang Tabika menggunakan bahan kitar semula merupakan program ajuran JPNIN Daerah Gua Musang. Sebanyak 9 buah Kelas Tabika Tabika Perpaduan telah menyertai pertandingan ini.


TUJUAN PERTANDINGAN INI ADALAH :

i) Menjadikan gaya hidup sihat dari aspek penggunaan bahan-bahan terbuang atau terpakai dalam memberi nilai tambah kepada keceriaan tabika.

ii) Melahirkan perasaan cintakan keindahan dan kebersihan dikalangan kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti setempat.

iii) Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong dalam merealisasikan Tabika Perpaduan sebagai Tabika Pilihan No. 1 Ibu Bapa.







1 comment:

  1. The Best Coin Casino Bonuses in 2021 - CasinoWow
    Top Casino Bonuses in 2021: 1xbet korean No Deposit Bonus ✓ Free Spins ✓ Exclusive Slots 인카지노 ✓ Best No kadangpintar Deposit Bonuses ✓ Best No Deposit Free Spins Codes

    ReplyDelete