SELAMAT DATANG KE BLOG MISS BAMBAM :)

Saturday 29 April 2017

Bahan-bahan Kitar Semula

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut atau mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.




       Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak pelupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, sama ada disebabkan nilai intrinsik (sebagai contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sebab beracunnya (sebagai contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan). Klik disini untuk mengetahui maksud kitar semula dengan lebih jelas.


BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA

Terdapat pelbagai bahan yang boleh dikitar semula, yang dapat membantu dalam penjagaan kebersihan persekitaran. Bahan yang terbuang atau tidak digunakan lagi tidak perlu dilupuskan sekiranya ia adalah kertas, kaca, aluminium, pakaian dan plastik, tetapi boleh dikitar semula.

1. KERTAS 
                                                  


  • Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred.





2. PLASTIK





  • Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula.





3. TIN ALUMINIUM


  • Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.
  • Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.



4. KACA


  • Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain.

No comments:

Post a Comment