SELAMAT DATANG KE BLOG MISS BAMBAM :)

Saturday, 29 April 2017

Aktiviti Kitar Semula

Pelbagai aktiviti kitar semula yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk membendung masalah kebersihan persekitaran dan udara. Aktiviti ini dapat dilakukan oleh golongan kanak-kanak, remaja, mahupun orang dewasa. Kebiasaannya kanak-kanak dan remaja didedahkan tentang kitar semula ketika berada di sekolah serta universiti, manalaka orang dewasa atau golongan tua didedahkan mengikut kawasan perumahan masing-masing. Banyak aktiviti kitar semula yang boleh dilakukan bersama dan mereka dapat menjaga kebersihan dan keamanan negara.

    
Kreativiti kitar semula memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber semulajadi. Idea kreatif yang boleh dicuba sebagai sumbangan dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.

Lampu ekslusif ini bernilai tinggi walaupun ianya di buat dari bahan terbuang. Ianya memberi contoh terbaik bahawa idea kreatif kitar semula sesuatu barang terbuang mampu menambah nilai dan berharga.










Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh di guna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau boleh juga di jadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan.

2. Kempen Kitar Semula

Terdapat banyak kempen kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan kebersihan dan keamanan alam sekitar. Kempen ini dapat memupuk masyarakat untuk sentiasa menjaga kebersihan serta mengguna pakai semula barang-barang terpakai. Kempen ini dapat dilaksanakan di kawasan perumahan atau kawasan kampung supaya ramai penduduk lebih peka dan mengetahui serba sedikit tentang kitar semula. Melalui kempen inilah masyarakat dapat melaksanakan aktiviti kitar semula. Rakyat Malaysia perlu sepakat kerana muafakat itu berkat dan pelbagai maslahat yang diperoleh daripada kempen kitar semula.





3. Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula

Salah satu aktiviti kitar semula adalah membuat pertandingan reka cipta bahan kitar semula. Kebanyakan sekolah menganjurkan pertandingan ini pada hari kitar semula yang telah dikhaskan untuk memupuk semangat dan mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam menghasilkan sesuatu bahan. Pertandingan kitar semula ini dapat menunjukkan bakat dan kreativiti pelajar serta kemahiran kritis mereka untuk membentuk sesuatu barang daripada barangan terpakai seperti kertas, kaca, aluminium dan plastik.




No comments:

Post a Comment