SELAMAT DATANG KE BLOG MISS BAMBAM :)

Saturday 29 April 2017

Bahan-bahan yang Berkaitan Kitar Semula

KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA




PERSEKITARAN LEBIH SIHAT

  • Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih.
  • Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan.
  • Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak.
  • Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

KURANG PENCEMARAN

  • Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran.
  • Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika.
  • Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

JIMAT KOS

  • Kitar semula untuk menjimatkan kos.
  • Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain.
  • Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.
  • Ini seterusnya akan memanfaatkan masyarakat kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

JIMATKAN SUMBER

  • Kitar semula untuk menjimatkan sumber.
  • Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai.
  • Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan?
  • Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

SELAMATKAN SUMBER HUTAN

  • Kitar semula untuk menyelamatkan hutan.
  • Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.
  • Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.
  • Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

KENAPAKAH KITA PERLU MENGAMALKAN KITAR SEMULA?

1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.
2) Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).
3) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.
4) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.
5) Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.
6) Menjana pendapatan dengan mudah.
7) Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.
8) Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.
9) Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.
10) Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.




TONG SAMPAH KITAR SEMULA

Tong sampah kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong sampah kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut mempunyai nilai harga yang tinggi atau dibuat sendiri. Kebanyakan tong sampah kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong sampah yang disediakan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong sampah kitar semula yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya, tong sampah kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsi dan kegunaan masing-masing iaitu warna biru, coklat dan jingga.




Setiap tong sampah kitar semula mempunyai fungsinya sendiri, dan masyarakat perlu peka dengan kegunaan tong-tong sampah tersebut. Tong sampah kitar semula digunakan keatas sesetengah bahan pepejal atau sampah yang tertentu. Tong sampah ini mempunyai jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula.

BACA : Klik disini

No comments:

Post a Comment